warna kehidupan
Sabtu, 17 Julai 2010
RAMA-RAMA
KENANGAN DI ALAM KANAK-KANAK
Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan rama-rama mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu.
Perbezaan lain adalah kupu-kupu akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara rama-rama sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.
Kebanyakan rama-rama aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala kupu-kupu aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.
Rama-rama suka hinggap di bunga.
Ia menghinggap menggunakan mulut yang berbentuk seperti straw.
Masa zaman kanak-kanak, aku suka menangkap rama-rama, kerana sayap rama-rama yang berwarna berwarna warni sememangnya amat menarik sekali. Rama-rama yang aku di tangkap dan di masukkan kedalam sebuah balang kaca.
Setiap hari setelah pulang dari sekolah, aku ke sungai yang berhampiran dengan rumah, di sungai tersebut, rama-rama sering hinggap di pantai untuk mencari makanan dan minum.
Rama-rama yang ditangkap di masukkan ke dalam sebuah balang kaca, rama-rama yang banyak terkumpul di dalam balang tersebut kelihatan cantik dan menarik dengan sayap yang berwarna warni.
Isnin, 12 Julai 2010
Sabtu, 10 Julai 2010
DI RUMAH MU YANG SUCI
Jumaat, 9 Julai 2010
UNTUK SEORANG SAHABAT
UNTUK SEORANG SAHABAT
Desah dinginnya angin mencengkam rasa
sayup sayu pagi Jumaat kudus
berita sedih pilu meresap di jiwa
gementar resah percaya atau tidak
kenyataan atau khayalan
antara sedar dan mimpi
Sahabat...kini kau telah pergi
pergi selamanya meninggal kenangan bersama
gelak tawa bersama tiada lagi
meninggal hari-hari dilalui bersama
Sahabat...
aku redha dan pasrah
pemergianmu sahabat
Allah lebih menyayangi mu
bersemadilah di pusara aman
damai dan tenang
mengadap Allah Azzawajalla
ku bingkiskan Al Fatihah
buat mu sahabat.
ANAK ALAM
PGM LANGKAWI
Khamis, 8 Julai 2010
RINTIHAN HTI ANAK BUANGAN
RINTIHAN HATI ANAK BUANGAN
Dimanakah ayahku
dimanakah ibuku
kenapa aku ditinggalkan sendirian
di dalam sebuah tong sampah
kotor dan menjijikkan
tubuhku kemerahan digigit nyamuk
kulitku pedih dikerumuni semut semut hitam
Kemana ayah dan ibuku
apakah salah dan dosa
pada ayah dan ibuku
aku dibiar kedinginan keseorangan
aku dibiar kehausan
izinkan aku meneguk air susu mu ibu
buat penghilang dahaga
dimanakah ibuku
aku dibiarkan kelaparan
dimanakah ayahku
Dimana ayah, dimana ibu
mengapa aku ditinggalkan di sini
kenapa tidak di tilam empuk
seperti anak-anak comel seusia ku
ku ingin pelukan dan belaian manja
tangan lembutmu ibu
tapi...dimanakah kau ibu
ayah...
ku ingin pelukan mesra dan kasih sayangmu
tapi dimanakah kau ayah.
Walaupun ayah dan ibu
tidak menyayangi ku
kenapa aku dibuang begini
kerana masih ada insan yang bersimpati
Kepada adik-adik ku nanti
usah diperlakukan begini
biar ku derita sendiri
biar ku sensara sendiri
ANAK ALAM
PGM, LANGKAWI
TANGGISAN ANAK-ANAK PALESTIN
TANGISAN ANAK-ANAK PALESTIN
Saban hari ada cerita duka
saban hari ada airmata mengalir
saban hari ada darah mengalir
membasahi bumi Palestin
Saban hari ada tubuh terkulai layu
tanpa mengira usia dan jantina
tubuh hancur dijamah peluru tidak bermata
darah merah bercampur airmata
Meraung tangisan hiba
di bumi sengsara
sendu dan pilu anak-anak Palestin
menjadi yatim piatu
tubuh kecil berlumuran darah
sambil memeluk tubuh ibu
terkulai kaku diterjah peluru
Biar bercucuran airmata
biar sakit dada menahan derita
walau mendung kelabu
menutupi langit Palestin
biar kekejaman demi kekejaman
mereka tabah
mereka redha.
ANAK ALAM
PGM, LANGKAWI
sindiran
Sindiran melalui kartun hasil lakaran rakan penulis dan kartunis Ahmad J Husein. Mengenai isu semasa, terutamanya tentang anak-anak gadis yang sering jatuh cinta dengan pemuda dari seberang terutama dari Lombok, sehingga ada yang sanggup lari mengikut kekasih ke seberang. Jadi sama-sama kita renung dan fikir-fikirkan lah.
Langgan:
Catatan (Atom)